assalamualaikum...
aku sekali lg rasa patut meluahkan apa yg aku rasa....untuk pengetahuan semua,aku sikit pun tak akan menyalahkan orang lain jika impian aku gagal....aku tahu,semuanya bergantung pada aku sendiri....dan bukan pada org lain.jadi,kata2 fauzan "jan menyalahkan org lain jika impian kita gagal" tu,sama sekali aku tidak setuju.cubalah fahami betul2 maksud cerita2 aku yg dah aku tulis tu.....aku bukan menyalahkan sesiapa cuma aku nak menegur cara beliau memberikan 'kata2 semangat' tu.dan pasal masalah member2 aku yg aku citerkan tu,itu juga aku tak berniat nak salahkan diorg di atas kegagalan aku.aku sekadar nak meluahkan apa yg aku perhatikan,alami,apa yg aku lalui.
kalau korang nak kejar impian walau dgn pelbagai cara sekalipun,silakanlah...sedikit pun tak menjadi kudis bagi aku. Aku sebenarnya masih lg menyimpan impian aku tu....semangat aku masih ada walaupun sedikit...tapi,ada beberapa perkara yg menyebabkan aku terasa patut melupakan seketika impian aku tu.Hubby aku sebenarnya mmg tak kisah kalau aku nak aktif dalam biz ni tapi,perlulah ada hadnya.kalau kami sememangnya tinggal bersama,mmg tak jadi masalah tapi,dissbkan kami berjauhan,itu yg menyebabkan sedikit sebanyak aku perlu pertimbangkan juga perasaannya.aku tak nak disbbkan ingin mengejar impian dalam biz ni,aku abaikan hujung minggu yg perlu aku pulang ke kampung untuk berjumpa dgn husband dan anak aku.selain daripada tu,aku terpaksa bergantung dgn kawan2 sekiranya hendak ke mana2 yg berkaitan dgn biz ni.....aku tak nak menyusahkan sesiapa.
Jad,kesimpulannya,aku tak pernah menyalahkan sesiapa jika aku gagal,aku tak mahu menyusahkan sesiapa dalam usaha aku memenuhkan impian dan aku perlu mengambil kira perasaan husband dan anak aku yg hanya dua minggu sekali dapat aku berjumpa diorg.
-lin-
assalamualaikum.....
jumpa lagi kiter ye....aku seperti biasa,tak der citer menarik yg nak citer kat korang.tambahan lg pasal bisnes susu smart naco nih...tapi,aku nak bercerita sikit pasal ungkapan yg sentiasa PD fauzan suarakan contohnya
"Kalau nak berjaya mesti sanggup berkorban dan kejayaan tak akan dtg kalau tak diusahakan....ye tak???"
"Pada aku jawapannya amat mudah Hendak Seribu Daya Tak Nak Tak Perlu
Dalih..Semua org ada komitmen dlm kehidupan seharian cuma yg paling penting kat sini bagaimana Kita Manage Komitmen Itu Sendiri"
"Yg penting kat sini jgn beri alasan yg sbnrnya merupakan virus dlm diri yg akan melemahkan setiap tindakan kita nnti...Tak nak buat takpe, duduk kat umah diam-diam tapi jgnlah cuba menjadi pemerhati yg suka menilai org melalui rasa & gerak hati sendiri."
"Bagaimana Kita Nak Ubah Org Lain Menjadi Lebih
Baik Jika Kita Tak Mampu Nak Ubah Fikiran & Diri
Kita Sendiri Menjadi Contoh Terbaik"
"Ada jugak suara sinis yg kata "Alah Fauzan tu takde anak, komitmen tak byk mcm kita,
duit pun ada utk cover semua expenses dlm menjlnkan bisnes"..Pada aku ini semua
alasan mereka utk menutup kelemahan sendiri."
"Pernahkah mereka2 tau komitmen yg menjadi tgggjawab aku???, masa mulakan bisnes dulu
byk ke duit aku???, mcm mana aku nak mulakan langkah pertama aku dulu???"
Aku tahu semua ungkapan di atas adalah bagus dan bg sesetengah org,akan membangkitkan lg semangat tapi untuk berkata2 memang senang.Aku tak nafikan,mgkn kesusahan mgkn PD Fauzan sendiri pun ada mengalami kesusahan tapi,kesusahan semua org tak semuanya sama.
Korang ingat tak kata2 aku dalam post yg lepas....aku ada bercerita pasal upline yg seolah2 berat sebelah....hanya memberi tumpuan pada downline yg aktif....bagi aku,tujuan aku cakap semua tu,bukan nak memberuukkan sesiapa....jauh sekali untuk jadikan hal tu sebagai alasan untuk aku menjadi "ahli tido"....itu hanyalah luahan hati aku....mgkn Fauzan anggap org macam aku nilah yg dia katakan menjadi pemerhati yg suka menilai org melalui rasa & gerak hati sendiri.....ya,mmg aku memerhati setiap hal yg berlaku disekeliling aku tapi aku tak suka menilai org hanya melalui rasa atau gerak hati aku.....apa yg aku katakan,adalah luahan hati aku....dan berpandukan dari apa yg aku alami dan apa yg aku tgk sendiri....tapi ye lah upline mana yg nak layan sgt downline yg "tido" kan???
Bg aku,semua kata beliau di atas (yg aku hitamkan tu) menunjukkan seolah2 dia tak mengendahkan,tak mengambil kira,tak setuju dgn masalah yg dihadapi orang lain dlm nak menjalankan bisnes ni.dia seolah2 tak percaya dan menganggap itu semua sekadar alasan yg diberikan oleh segelintir org,termasuk aku.
Macam aku katakan tadi,masalah semua,keadaan dan kesusahan yg dihadapi semua org tak semuanya sama....mmg dia (fauzan) tak mempunyai masalah jika nak kemana2 menjalankan bisnes ini...tapi,bukan sbb dia tak ada anak tapi sebb dia lelaki....dia ketua keluarga....mmg tugas dia untuk mencari rezeki untuk keluarga...jadi,dah tentu isteri dia tak akan halang dan mgkn tak keterlaluan kalu aku cakap,isteri dia tak ada boleh halang sebb dia keluar untuk cari rezeki....segala keputusan dalam keluarga dia,dia (fauzan) sendiri yg berkuasa tentukan.
mmg aku tahu,dia dulu adalah dari keluarga yg kurang mampu dari segi kewangan dan dia bersungguh2 jalankan bisnes ni sbb dia nak taraf hidup keluarga dia berubah....nak bagi kesenangan pada ibu bapa dan adik beradik,memandangkan dia anak sulung....aku tahu semua tu....aku tahu dia kuat berusaha...aku tahu dia dah hampir berjaya sempurnakan impian dia....aku tahu dia sekarang dah hidup senang.....aku tahu dia berjaya ni pun sbb dia tak jemu berusaha dan tak pernah wujud alasan dlm diri dia untuk berjaya.....aku tahu....aku tahu.....TAPI....dia tak boleh anggap alasan yg orang lain berikan adalah alasan semata2.....dia tak boleh menidakkan kesusahan,kepayahan yg dihadapi oleh org2 lain.
Contohnya aku.....aku perempuan..dan sebagai isteri,aku tak boleh buat sesuka hati aku....lagi pulak aku berjauhan dgn suami....jadi,mmg berat hati untuk suami aku lepaskan aku pergi ke mana untuk menjalankan bisnes ni...aku paham apa yg dirasai suami aku....dia suami,jd dia bertanggungjawab sepenuhnya terhadap aku....duit gaji aku pun,aku tak boleh belanja sesuka hati....apa2 hal,aku mesti pikirkan keutamaan anak aku.....apa2 hal,aku mesti tanya suami aku....mmg dia tak berhak ke atas gaji aku dan mmg dia sepatutnya bg duit nafkah pd aku dan suami aku tak pernah gagal buat itu semua tapi aku....sebagai isteri,ibu tentunya aku juga teringin nak pulang ke kampung,berjumpa dgn suami dan anak aku yg masih kecil tu.....jadi,gaji aku hanya cukup2 untuk keperluan aku di KL dan tambang pulang ke kampung.....aku tak der peluang nak shopping sakan,apatah lg nak beli susu 3 kotak.....modal untuk membeli 3 kotak yg pertama pun aku dah tak boleh nak sediakan....mcmana lak aku nak pusing modal.......mgkn PD Fauzan tak paham dgn keadaan aku.....sbb dia bukan perempuan....dia bukan isteri....dan dia tidak berjauhan dgn isteri..
aku tak nafikan mmg sedikit sebanyak aku sedih dan terasa dgn segala ayat2 yg dia tulis....mcm yg aku katakan tadi,dia seolah2 tak boleh terima alasan2 dan kesusahan yg orang lain hadapi.keadaan dia mmg jauh berbeza dgn keadaan aku.....dia seharusnya memberi nasihat dan perangsang yg sebaik2nya tapi bukannya menidakkan atau ambil mudah dgn semua masalah orang dan menganggap alasan yg diberikan hanya sekadar alasan......mgkn bg sesetgh org tapi tidak bg semua org.
Jadi,saya berharap,Fauzan cubalah berhati2 dan berpikir dulu sblm menulis sesuatu.....cuba letakkan diri anda dalam keadaan org tu atau cuba bayangkan masalah yg diahadapi seseorg tu....kalu tak dapat,anda pikir macam ni je lah.....dalam hidup berkeluarga,Islam memberi kuasa sepenuhnya kepada suami tapi tidak pada isteri....(betulkan kalu saya salah).
*Maaf kalau ada yg tersinggung......
terima kasih.
assalamualaikum.....
hmm.....lama dah rasanya aku tak update blog aku ni kan. Tak tahu apa nak citer la.Dulu,masa memula buat blog ni,tujuannya nak buat bisnes susu ni,dgn harapan,org tertarik nak masuk blog aku dan baca mcm2 aktiviti aku dlm bisnes nih.Tapi,nampaknya,apa yg aku harapkan tak menjadi.tak tahulah naper...mmg ada juga salah aku.aku tak melibatkan diri dalam setiap pertemuan yg geng SST ni buat.tapi,aku bukan sengaja tak nak join tapi,setiap weekend at setiap 2 minggu sekali,aku mesti blk kg. Untuk pengetahuan sesapa yg tak tahu,aku ni weekend wife.hubby dgn anak aku duk kat kelantan dan aku lak sesorang keje kat kl ni so,nak tak nak,hujung minggu jer,aku mesti blk kg....sbb aku ada tggjwb yg lebih besar yg perlu aku utamakan...iaitu tggjwb pada family aku.hubby aku mmg tak pernah larang niat aku nak aktif dlm bisnes ni asalkan aku tetap kawal dan jaga batas aku sebagai seorang yg dah berkeluarga.ye la...aku paham,dia pun risau,dah la kitorg duk jauh so,agak berhati2 juga dia nak benarkan aku ke mana2 (kalau ada open table memana laa).so...apa2 hal,aku kena refer gak dgn hubby aku.that's why aku terpaksa menyepikan diri dari bisnes ni.
walaubagaimana pun,kekdg,aku ttp rasa terpinggir bila tgk member2 lain yg giat melakukan aktiviti dlm bisnes nih....bila ada sorang yg aktif,apa lagi,upline mestilah jaga yg aktif tu kan.maklumlah....yg aktif tu lah secara tak langsung yg akan menaikkan point upline2 ni.aku ni lak dah la tak aktif,maintain tiga kotak tetiap bulan pun tak...sebenarnya bukan aku sengaja tak nak maintain tapi,duit yg ada aku dahulukan untuk kegunaan aku ulang alik KL ke KB....jd,nak tak nak terpaksa gak aku korbankan duit sebanyak rm327 yang aku dah sparekan untuk beli susu tu....hubby aku pun sama gak...dia pun jd ahli dan pernah berniat nak maintain tiga kotak tapi,tu lah....terpaksa korbankan duit tu,mcm aku gak.
berbalik pada member2 yg aktif tadi.....dulu,pernah ada member A citer kat aku psl masalah dia dgn member B....tapi masa tu aku setuju kat member A yg bercerita ni sbb pada aku,dlm benda2 mcm ni,sepatutnya tak perlu timbul masalah.....kalau kiter x nak dikatakan 'ahli tido' dan x nak rasa seolah2 dipinggirkan,kiter kena usaha la kan...tapi,now i knew.....apa yg member B rasa,sekarang aku lak yg rasa.Aku tak leh nak citer secara terperinci dlm blog aku ni sbb kat sini ramai yg boleh baca.
So,aku rasa,segala impian aku yg pernah aku citerkan dalam citer aku yg first dulu,rasa2nya mgkn tak akan jd kenyataan.memandangkan kedudukan aku dan hubby aku dlm bisnes sekarang ni adalah tergolong dalam 'ahli tido'.bila dah terlabel sbgai 'ahli tido' takkan lah upline nak ambil tahu lg kan???so....it's better for me to ignore all those things....forget about all my dream....just be myself...take a good care of my family....only involve in this bisnes if i think i have enough money and enough time to join all the activity.because for me a limited free time that i have on weekend is only for my family that is a very...very...special time.
So....aku harap takder sesaper yg terasa dgn apa yg aku tulis ni....aku sebenarnya tak nak citer benda2 remeh mcm ni tapi since pojan dah tanya,so,aku luahkan lah.I didn't mean to hurt anybody.just to share what i feel.....ok.free thinking...don't be too emosional....open ur mind babes.
*kalu salah bahasa maap ye...i'm not sound stupid if i speak in malay or english.....
thank you....
Assalamualaikum & Good Morning........
Dah lama rasanya tak update journal saya ni.....sori la ye....tak sempat nak update....ok lah....sekarang saya nak citer tentang pengalaman saya semasa buat promosi kat putrajaya ari tu.actually saya tak terlibat sepenuhnya sbb tak boleh cuti jd,saya cuma berkesempatan pergi sana sekali saja.....itupun malam,after office.....saya pegi dgn nazliana.....sampai sana dah kol 9 mlm.
Mlm tu,pada awalnya kitorg cuma edarkan risalah jer tapi bila dinner tu dah nak abis,tetamu dah ada yg nak balik,apalagi.....masa tu ler kitorg mula cucuk jarum......alhamdulillah,jualan pada mlm tu tak kurang hebatnya dan alangkah bangganya bila dgr artis2 pun minum susu IgG ni.....katanya untuk tambah tenaga.
Walaupun saya kat putrajaya mlm tu tak lah lama...cuma dalam lebih kurang 2 jam saja,tapi dapat juga saya tambah lagi pengalaman sambil mengembangkan lagi jualan susu IgG-Plus ni.
Sekarang ni,saya dalam usaha untuk menambahkan downline saya.insya allah,pertengahan bulan ini,saya akan dapat downline baru......dan saya harap downline2 baru saya ni mempunyai azam dan semangat yg kuat mcm saya dan kawan2 saya yg telah berjaya dalam bisnes ni.......dan saya juga berdoa agar semangat saya sendiri juga tidak luntur walau pelbagai cabaran yg bakal saya hadapi.....
sekian......

Akum….
Dari semalam aku dok piker apa nak tulis kat dlm blog aku ni….last2 aku decide nak citer gak pengalaman aku dalam bisnes IgG ni,macam member2 yg lain gak.
Sebenarnya dah 4 bulan aku masuk IgG plus ni.tapi hanya pada hujung bulan ketiga,baru aku mulakan langkah pertama aku.
Sebenarnya,masa aku memula masuk bisnes ni,aku tak pernah terpikir nak jadikan IgG Plus ni sebagai part time aku.aku sesaja masuk,memandangkan masa tu baru dapat duit arreas,duit tgh banyak jadi,sesapa saja yg ajak aku join bisnes diorg,memang aku ikut jer……di samping nak jaga hati member,dpt gak aku tolong tambahkan downline dan pendapatan diorg….baik hati la konon. Aku pun satu ofis gak dgn PD Fauzan dan dialah yang tak jemu2 menabur kata2 semangat walaupun aku rasa dia tahu yg aku setakat dgr jer apa yg dia cakap,walhal aku sikit pun takder sebarang tindakan nak mamjukan diri. Selain dari kata2 semangat,dia juga pinjamkan aku buku2 motivasi dan bagaimana nak memulakan perniagaan yg mana,tak satu pun aku baca buku2 yg dipinjamkan tu.
Dari sehari ke sehari,setiap kali aku nampak muka PD Fauzan kat ofis,soalan yg dia tanya,’mcmana….dah berapa org ko dpt (downline aku la tu)” kekadang malu pun ada gak sebb takder apa yg aku buat dalam usaha nak menambahkan jualan dan menambahkan ahli.
Ramai2 gak member ofis yg minta aku memulakan langkah dalam bisnes IgG ni.Nazliana,k.Zaimah,Solehan,semuanya tak jemu berikan perangsang dan kata2 semangat.Tapi aku……hmm…entahlah….mcm masuk telinga kiri,keluar telinga kanan.mcm2 alasan yg aku berikan…..kononnya aku tak der masa.
Tapi,entah mcmana,aku mula berminat dan mula buka mata dan hati.mgkn berkat dari kesungguhan PD Fauzan yg bersungguh2 dan tak jemu memberi motivasi tak kira secara bergurau atau serius,dalam email ataupun ketika sembang2 kat ofis.dan mgkn juga bila dia sering kali menunjukkan pada aku setiap cheque yg dia dpt….dari jumlah yg biasa bagi aku,hinggalah pada jumlah yg mampu membeliakkan mata aku.
Sebagai langkah pertama,28/5/06 aku join k.zaimah buat promosi susu IgG ni kat Sg.Buloh….walaupun sambutan tak begitu memberangsangkan tapi aku kisah….sekrg2nya,aku dpt jg kutip pengalaman pertama aku.tmabahan pula bila dpt tahu point group aku dah mencecah 2000 lebih dlm masa 2 bln.dan,pengalaman yg paling menggembirakan aku apabila aku dpt menjual kotak susu yg pertama.akuy begitu seronok.dan dalam masa beberapa hari,dua kotak susu lagi juga berjaya aku jual.hilang sudah kerisauan aku…..tak tahu nak jual 3 kotak susu IgG tu kat saper.
Dah sekarang,masuk bulan ke-4 aku join bisnes ni,aku sudah bergelar Manager…..dan ini adalah sesuatu yg membanggakan aku sbb seblm ni mcm2 bisnes MLM aku join tapi semuanya tak membawa apa2 perubahan pada aku.Aku sangat2 berterima kasih pada PD Fauzan dan semua member2 ofis aku yg tak jemu2 dan tak henti2 memberikan kata2 semangat pada aku walaupun pada awalnya PD Fauzan pernah melabelkan aku sebgai ahli ‘tidur’
Dan aku berazam nak teruskan perjuangan aku dalam bisnes IgG Plus ni…..hingga aku mencapai impian aku untuk membuka sebuah stokis IgG ni di negeri kelahiran aku iaitu di Kelantan.Dan aku juga berharap dapat merubah kehidupan keluarga aku ke arah yg lebih baik dan lebih menjamin masa depan…….Insya Allah…..Amin.
Perkembangan terbaru,aku akan join member2 aku ke putrajaya pada 21/06 – 23/06 ini,nak open table kat
Dimana ada kemahuan....di situ ada jalan.......
Excited!